Kursus Keusahawanan Portal Produk Sarawak
14 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniKursus dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, selama8 jam bermula dari jam 8:00 pagi hingga jam 5:00 petang. Jumlah peserta yang hadir 6 orang. Aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi iaitu Check Your Label, Maklumat Palsu dan Mobile E-Waste
Memberikan penerangan dan pendedahan tentang laman web https://www.produksarawak.com dan Laman web Produk Sarawak adalah e-dagang perintis bagi usahawan tempatan Sarawak. Ia menawarkan platform membeli-belah dalam talian yang selamat dan mudah dengan koleksi produk jenama tempatan Sarawak yang pelbagai dari fesyen, makanan, produk kecantikan dan sebagainya.. Peserta Kursus Keusahawanan Portal Produk Sarawak diberi tunjuk ajar cara-cara memasukan maklumat dan gambar yang hendak dijual ke dalam laman web https://www.produksarawak.com
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: